6 RAMADHAN 1434H
assalamualaikum :')
alhamdulillah setakat ni aku masih hidup , aku masih berpuasa penuh , aku masih diberi nafas oleh Dia :)
kenapa dengan aku cakap pasal hidup mati nih ? act , harini , kawan mak aku dah kembali rahmatullah . Al-Fatihah . and korang perasan something tak ? perasan tak ? confirm tak kan ? dia meninggal dalam bulan Ramadhan ! ya Allah . tergamam aku . tak tahu nak cakap apa . aku ingat balik dosa-dosa yang aku buat . Allah . menyesal . saat ni , aku diberi peluang untuk hidup , diberi peluang untuk bernafas , diberi peluang untuk melihat alam semesta , tapi aku masih lagi buat dosa . Allah .
sedih bila ingat balik dosa-dosa lama , sedih sebab dulu aku hidup bergelumang dengan dosa . ya , semua orang buat silap . tapi kesilapan aku adalah kesilapan yang berulang dalam hidup . hmm .
panjang lagi aku nak bercakap/menaip/ceramah tapi masa tak mengizinkan . aku mungkin berhenti berharap tapi aku tak akan berhenti untuk pastikan .
RAMADHAN :)
assalamualaikum .
untuk pengetahuan semua , aku dah tukar link blog dari mudarxlolypop.bs kepada syhrasharin.bs . kenapa ? hmm , entah la , tergerak hati nak ubah kot . haha . act , jujur aku cakap yang aku tak tahu pasal benda2 ni semua . aku rasa nak tukar , aku tukar . that's me . ramai akan cakap leceh la bagai , but , suka hati aku la :D
semua dah maklum , sekarang kita dah dalam bulan ramadhan . bila fikir balik , pejam celik pejam celik kejap jee dah puasa . hmm , nak buat macam mana kan , lalui je lah hidup ni :) setakat ni ramadhan kali okay . kurang sikit letih berbanding tahun lepas . yelaa , tahun lepas kan pmr , balik sekolah pun petang-petang , time matahari tengah memancar kepanasan nya tu . tahun ni , balik awal , kelas tambahan takde , balik pun ada kenderaan hantar depan rumah *gedik .
tu je lah kot nak . bulan puasa kann , kena lah simpan tenaga . siapa kata taip tak guna tenaga ? nak kena fikir ayat , gerak kan jari anddd . . . byee :)
change .
setiap kali aku nak post confirm skin berubah kan ? nampak sangat cepat berubah hati . well , aku kan , biasalah ~
dah lama jugak kan aku tak post , busy weh busy . sejak form 4 ni , banyak benda yang nak di uruskan . ecehhcehh . yelaa , busy dengan homework , busy dengan exam , kalau exam seminggu dua takpe , ni haa sebulan . sekarang pun still sibuk dengan oral bm , bi , lab report lah , peka lah , pembentangan bagai . ni baru form 4 , kalau form 5 ? tapi ramai cakap form 5 lagi okay dari form 4 . so , tunggu je laa .
seminggu dua ni pun still busy , busy men-stress-kan diri . next week ada anugerah bintang , ibnu khaldun , perjumpaan tiga penjuru , hari sukan , perbarisan .
tahniah laa kat siapa yang dapat anugerah-anugerah tu , aku tumpang bersedih je laa . aku ngaku aku pun bukan nya study sangat . salah aku . booo . haha . sampai sekarang aku still tak cakap lagi kat parent aku yang ade perjumpaan tiga penjuru tu . pheww . gila tak takut . result pun bukan nya hebat sangat . hari ahad pulak ada hari sukan . ahad ? yeahh ahad . sangat malas ! sangat sangat sangat malas ! tapi okay laa sebab cikgu cakap isnin tu cuti -,-
//terimakasihdaunkeladi
Alhamdulillah kawad peringkat daerah haritu Puteri
Islam SMK YAM Tuan Radin dapat JOHAN .
tahun ni YTR hantar 6 pasukan . wooo , banyak kan ? banyak kan ? haa , percaya
atau tak , semua unit yang cikgu hantar dapat tempat .
PUTERI ISLAM - johan
KRS L – johan
KRS P – johan
BOMBA – johan
PENGAKAP L – naib johan
POLIS P – naib johan
Nampak ? semua ada ‘johan’ . haha . Alhamdulillah
, tahun ni rezeki YTR :) kbye !
31 - 3 - 2013
Sekarang aku jadi sedikit rajin untuk blogwalking blog-blog
lain . aku mengaku yang aku dah kurang dengan facebook , even satu dunia dah
ada facebook , sampai mak ayah sedara sepupu semua ada , aku tetap kurang
dengan facebook dan sekarang aku cuba lebihkan sedikit blog dari twitter .
kenapa ? sebab blog dah kembali menambat hati ku . wuuu *.*
Macam biasa tak sah aku kalau blogwalking tak singgah kat
blog kakak-kakak and abang-abang and adik-adik otai . haha . tahniah jugak lah
kan kepada kakak intan yang akan bersanding pada 31 march 2013 . maigadd .
pandai mereka pilih tarikh . lawa kayy tarikh harini !
Tarikh yang sangat lawa tapi bagi aku , hari nya tidak akan
selawa dengan tarikh nya . sebab apa ? sebab harini macam-macam nak kena buat .
gosok baju , kemas beg , kemas buku , kemas bilik , cari stoking awal-awal ,
ikat tali kasut , eh jap jap , ikat tali kasut dah siap dah ! hmm , apa lagi ?
haa ! paling penting , siapkan homework . apa jee homework yang ada ? bm ,
addmath , biology , kerja sivik yang berzaman punya --‘ , hmm tu je laa kott .
and satu kerja apa pun aku tak buat . buat pun sikit-sikit jee then terus stop
sampai laa nii pun aku tak sentuh lagi . percayalah , malam nanti confirm
kelam-kabut punya ! haha
Btw , semalam aku jumpa senior yang sama tarikh lahir dengan
aku tuu . wuuu . dia sudah tahu number phone wa derr -.- kbye
Masalah aku . anda juga begitu ?
1 .
bersin – kalau aku dah start bersin , confirm tak boleh berhenti . and , setiap
kali bersin confirm deria rasa aku kurang berfungsi . adakah ini perkara normal
? kalau ya , tolong sms ke 999 dengan segera . hahaha .
2 .
semangat – aku selalu bersemangat nak buat kerja sekolah . selalu terjadi ,
time cuti ahh kan . hari kedua or ketiga cuti aku dah siap dah buat senarai
homework yang perlu disiapkan and aku akan target yang hari tu jugak aku boleh
siapkan . kononnya nak stay up lah bagai kann . tapi ketahuilah , hari ahad
sebelum sekolah adalah hari aku selalu siapkan kerja sekolah .
3 .
psp – sejak kebelakangan ni , kemana je aku pergi aku nampak remaja – remaja
main psp . time study , cikgu tengah mengajar pun boleh lagi main psp , and aku
macam ‘ seronok sangat ke game dia main tuh ? ’ . jap , kenapa perlu terjadi
selepas game aku dirampas ?
4 .
handphone – tahulah kan sekarang ni trend orang pakai touch screen , Samsung
mini lah , Samsung 1 2 3 4 5 lah ,
whatsapp , viber , macam – macam kan ? okay . zaman modern ~ then boleh pulak
aku sorang jee yang pakai phone nokia kann ? aku pun macam eh nak keluarkan ke
tak nak , nak ke tak nak . haha . mengong kayy . so , dengan bangganya aku
keluarkan dan berkata ‘ phone kau ada kredit tak ? ‘ hahaha . dalm hati aku cakap ‘ untung aku ada
dari tak ada ‘ . kan ?
5 .
jujur aku cakap , aku tak tahu lah tajuk atas tu sesuai ke tak sebab aku ni tak
pandai pilih tajuk and tak reti pun . ni pun aku just taip apa yang aku nak
taip , haha . aku main belasah je taip tanpa fikir tajuk tu . and aku peduli
apa , blog aku . haha .
p/s
: pen merah pen biru , jangan marah I
love you . eh ?
HAPPY BIRTHDAY TO ME (:
Seminit
lepas pukul 12 tengah malam yang harinya bertarikh 25 march 2013 , dia aka
abang busu cepat-cepat call . mygod , tak sangka pun yang dia akan call then
cakap happy birthday kat aku . tak sangka sebab aku agak yang dia just akan
bagi text happy birthday . yang gempak nya , dia siap nyanyi lagi lagu happy
birthday kat aku . weh , bukan senang nak dengar dia nyanyi kayy . BUKAN SENANG
! harap maklum . haha . yang aku pun , senyum sampai ke telinga jee yang aku
mampu . sumpah tak tahu nak cakap apa time tu sebab aku rasa happy sesangat .
alahai , indahnya dunia time tu :3 macam-macam dia wish . hakhak . act , aku
tak bagi perhatian pun time dia wish tu , aku just bagi perhatian dekat suara
dia . haha . eh jap , berbeza tak apa yang aku cakap tu ? berbeza lah kot kann
.
Satu hari
weh aku tak call ramai orang pun even dapat free call . why ? sebab aku malu
>.< jangan tanya kenapa . so , aku calling calling dengan busu aku je
then member rapat aku . jujur ahh aku cakap , on the phone dengan mereka , aku
sentiasa senyum dan gelak . heishh , aku tak sanggup hilang orang yang aku
sayang . wuuu , gempak tak ayat last tu ? :DD maaflah ya kalau ada yang aku tak
call tu , aku takut korang busy , sebab tu tak call . korang garang kayy ! saya
takut . heee
And aku agak
sedih sikit lah sebab ‘askar’ tu tak wish aku . haha . k godai lah dia -..-
PUTERI ISLAM ! FIGHT ! FOR ! FREEDOM !
See
see , atas tu slogan kitorang untuk kawad kaki puteri islam peringkat sekolah .
ISNIN
– aku lambat bersiap ke sekolah . semua serba tak kena . sampai sekolah fikiran
agak sedikit tenang tapi malangnya , boleh pulak time perhimpunan kain sekolah
aku terkena chewingum . memang rosak gila ah kan mood aku . dah lah sejarah tak
baca apa-apa lagi . tapi Alhamdulillah masa dapat paper aku boleh jawab and aku
tak meniru ! act , aku just tanya kawan aku jawapan dia apa tapi aku tak tukar
pun jawapan aku even salah . aku jujur ni okay . terpulang ahh nak caya ke tak
:PP
SELASA
– harini aku buat oral test untuk bm . bagi aku tak berapa nak bagus sangat
tapi tak lah teruk sangat . so , tengah-tengah . harini jugak ada pertandingan
kawad kaki putera . yang tak boleh blah nya , kitorang sanggup tengok krs
dengan bomba walaupun kitorang tahu kitorang akan di denda sebab lewat . hah
amek kau ! kena baring kat tengah-tengah court bola tampar dengan matahari yang
boleh tahan panasnya . malu memang lah kan tapi bila fikir balik kelakar pun
ada . bukan senang weh nak baring kat padang beramai-ramai . hahaha .
RABU
– petang rabu kitorang dah bertanding . fuhh . serious ahh nervous gila kot .
lebih nervous dari kawad yang dulu . ya ahh , takut laa kot kot salah langkah
ke tak ingat formasi ke . dah habis je kawad ,
tengok krs punya jap . okay , boleh boleh laa . then cikgu nak jumpa
kitorang . cikgu ada rakam , aku tengok sumpah smart . haha *bangga sendiri
kejap* keputusan dia lepas naik cuti , sangat lah tidak sabar nak tahu
keputusan . and kalau tak dapat johan pun aku still bangga weh jadi PUTERI
ISLAM . yeahh .
KHAMIS
– pagi tadi ada perjumpaan pengawas . cam biasa lah kan . tapi harini cikgu
buat balik kumpulan baru . dalam setiap group ada 2 orang dari setiap tingkatan
. okay . aku pun ikut je lah sape yang ada . last-last aku dapat group number 6
iaitu group F . okay . not bad lah kan . time addmath cikgu takde , yela , busy
dengan budak yang amek result spm lah , so aku dengan kawan aku pun pergilah
merayau mencari orang , tengok senior amek result , aku plak yang teruja . haha
. time English tak ramai orang dalam kelas , masing-masing pergi bola tampar
lah , tolong cikgu lah , itulah , inilah , so , aku amek kesempatan yang tak
ramai orang ni untuk buat oral aku . patotnya aku hari jumaat . then , dengan
pertolongan kawan aku yang pakar-pakar dalam bahasa omputeh ni , akhirnya oral
aku habis . Cuma tinggal nak hantar kat cikgu jeh . terasa lega yang amat
sangat . dah tak payah nak fikir lagi dah time cuti nanti .
JUMAAT
– seperti biasa , pagi jumaat ada bacaan yasin . lepas je bacaan yasin , semua
pengawas ada buat latihan kawad sikit . lepas tu rehat , merayau-rayau jap satu
sekolah , then belajar addmath , then belajar agama kat surau . masa kat surau
, ustaz bagi kertas skema permarkahan , and secara rasminya aku tahu yang aku
dah gagal untuk subjek bio . nak nangis , tapi aku tahan jeh . tak larat ahh
nak nangis lagi . nanti lepas nangis confirm aku ngantok . hahahaha . then
boleh plak time nak keluar sekolah , ada pergaduhan kat petak . aku tengok dari
jauh pun dah sesak gila kat situ . memang keluar lah perkataan-perkataan yang
tak elok . btw , bm aku dapat markah yang boleh tahan teruk . malu weh ! budak
india pun boleh kalah kan aku -,-
:)
orang yang selalu gagal akan menjadi lebih berjaya – cikgu ain
Assalammualaikum to all blogger and
non-blogger :)
Aku mulakan dengan
bismillahhirrahmanirahim . ada orang cakap mulakan hari dengan baik banyak
benda yang menggembirakan akan datang .
Seperti hari-hari yang lain , aku ke
sekolah dengan pakaian sukan dengan muka yang begitu lah penat . pukul 3 pagi
baru aku tidur semata-mata melayan cerita Hindustan . Nampak tak betapa
semangat nya aku ?
Datang je sekolah aku memang mengantok
gila dengan nak tunggu cikgu habis berucap bagai . habis je cikgu berucap , ada perjumpaan
pengawas . okay . confirm lah kitorang kena sound . setiap perjumpaan just
ulang benda yang sama . tersangat lah bosan . and untuk perjumpaan kali ni
pengetua ada sekali . aku pun dalam hati “ saya nak tidur lah cikgu “ tapi ! perjumpaan
kali ni tersangat lah ‘ menyepoilkan ‘ lagi mood aku yang memang dah spoil ni
haa . jeng jeng jeng ~
Pengetua dah buat satu ‘ sistem ‘ dimana
semua pengawas TAK BOLEH pakai baju sukan , kena bawak dan kami setiap hari
kena pakai baju biru pengawas . Nampak tak permainan dia ? kononnya nak
transformasi tapi aku rasa ianya lebih kepada ‘ menyusahkan ‘ . bukan nak cakap
apa , tapi bila fikir balik , kan dah ada cara senang , tapi kenapa nak
menyusah kan diri guna cara yang susah .
Habis je meeting , terus naik kelas
cepat-cepat sebab aku fikir diorang dah dapat paper math . aku orang first
sampai , so masing-masing pandang aku and aku pulak tetiba nervous . rupanya diorang
tengah buat kerja kat buku latihan . cikgu tak bagi paper minggu ni sebab ramai
budak olahraga tak amek ujian lagi . cikgu
tak kasi amek paper tapi cikgu kasi
tengok markah jee . markah math aku memang teruk yang amat . aku agak yang ini
kali kedua dalam sejarah sekolah menengah aku yang aku dapat markah math yang paling
teruk . sedih weh . lepas tengok result
je aku pergi aku meja belakang sebelah tingkap , konon nya nak cari adik aku
yang darjah satu tu sebab diorang ada pjk pagi tu , aku cari tapi tak jumpa
then tetibe lah pulak airmata nak keluar secara tak sengaja . jujur aku cakap .
aku tahan kot airmata tu tapi dia nak keluar sendiri pulak . hahaha . aku tak
suka menangis depan orang , hmm , bagi aku , Nampak macam aku ni seorang yang
lemah kalau menangis depan orang . malu je menangis tadi . heishh .
Jangan ingat aku sorang je nangis tau ,
ada jugak pengikut yang menangis sama . haha . lepas aku , syaz then yatie .
masing-masing nangis atas sebab yang lain . haha . 14 march 2013 , hari
menangis sedunia :D petang macam biasalah kan kitorang ada latihan kawad , fun
sangat time buat formasi :)
Okay . got to go . terima kasih daun
keladi , kalau rajin baca lagi . hahaha .
. bukan takut , cuma nervous .
*rindu kucing dekat kampung*
Besok aku dah start
tuisyen . sumpah rasa malas gila nak pergi . sebab apa ? banyak sebab okay .
haha . masa awal tahun je aku semangat gegila nak pergi , tak sampai setengah
tahun pun haa , aku dah merungut tak nak pergi . heishh . teruk nya seorang nur
syahira ni .
Dah bulan march baru
aku nak masuk , aku tak heran la bila nak masuk nya tu , tapi kalau tuisyen tu
dah ajar sampai kat bab yang aku belum belajar ? bukan ke nanti aku tetap tak
akan faham ? dah laa takde geng , kalau ada pun yang aku tahu untuk addmath je
laa . nasib baik laa ada dari taka da langsung kan kan ?
Nak tak nak kena lah
pergi kat PD gak , ramai kot yang cakap penuh . tu pun merupakan satu kerisauan
bagi aku jugak . kalau dah penuh confirm nanti bising and takut takde tempat .
haha . tu yang tak best tuh -,- sekarang ni aku kena fikir nak amek subjek apa
sebab kawan aku cakap satu subjek dua jam . wey , dua jam ? haha . tapi tak
tahu la betol ke tak . so , Nampak gayanya besok aku kena pergi seorang diri
dan kena pandai jaga diri dan yang paling penting makanan mesti ada . hmm . me
, alone :’)
*tuisyen , be nice to
me please please please :PP
'blaja leklok tau !'
‘Blaja leklok tau !’ tu ayat dia yang aku paling
rindu ! selalu sangat dia pesan macam tu . tapi hari ni ?
Selalu hari sabtu petang dia dah text aku dah ,
tapi semalam tak . so aku beranikan lah diri hantar text kat dia pukul 1 pagi .
maxis reply ‘your sms didn’t reach bla bla bla’ . sangat lah menyakitkan hati .
so , aku dengan tabah menunggu dalam 10 minit cam tu , dia reply . sumpah happy
siot .
Then aku perasan something , dia balas pendek2 je
. aku hantar 4-5 text pastu dia tak balas LANGSUNG . so , aku agak yang dia dah
tidur . nevermind , tak lama tu , aku tidur dengan harapan yang pagi ahad aku
lebih ceria bila ada text dari dia .
Hari ahad pun tiba , sampai malam siot aku tunggu
text dari dia . haram takde ! maybe dia busy , malas ahh kan aku nak kacau
orang . tapi kalau busy confirm ahh dia akan hantar text kat aku tanya khabar
apa semua . even sekejap !
Dalam pukul 8.45 malam aku check handfon kot-kot
ada text dari dia ke , yelaa , pukul 9 tu dia dah nak kena hantar fon . aku
check takde , so dengan happy nya lah aku pergi dapur , makan dengan adik-adik
aku . pukul 9.30 aku check balik fon , ada text . serius aku semangat buka text
tuu . jeng jeng jeng . ada text dari dia , dia just hantar ‘ blaja leklok tau !’
. aku tahu yang dia dah hantar phone , tapi aku still reply text dia . entah
kenapa , aku sedih bercampur marah bila baca text dia .
Sejak dari cuti hari tu dia macam dingin je dengan
aku :’( aku ada buat salah ke ? sedih ahh wey . nak hafal sejarah pun macam nak
tak nak jeh aku ni -,- rindu dia kott ! sangat sangat kott ! :’)
*harapharap dia lupa url blog aku . haha :’D
im back :)
woot woot . assalamualaikum bloggers :)
tahun baru confirm ahh banyak dah berubah kann . haha . aku jee yang tak berubah nyaa . ni baru lah ada masa nak mengubah , tu pun lepas tengok blog kawankawan yang lain . omg ! seriously aku jealous dengan diorang , blog diorang lawa kot . so , dengan semangat nya aku tak tidur malam semata-mata nak siapkan blog ni . teruk okay .
harini hari rabu . so macam biasa lah kan ada koko . pagi ada perjumpaan badan beruniform , kena kawad bagai . then , untuk pemilihan kawad kaki pulak cikgu dah pilih opss salah tulis , cikgu dah paksa kitorang masuk kawad . so nak tak nak kena pergi lah kan . latihan dia tak payah cakap lah kan , asyik ulang benda yang sama . sumpah stress .
time rehat tu , patotnya aku kena jaga kat blok f tapi aku tengok blok lain takde sorang pun yang jaga so aku dengan rela hati nya pegi dekat kios teman kawan aku . then boleh pulak pelanggan pertama aku mr.ehemehem tu datang nak beli minuman . aku dengan gembiranya hulurkan minuman tuhh . then , boleh entah macam mana boleh pulak kawan aku dapat syak pasal dia . jeng jeng jeng , kantoi sudaa ~
jujur aku cakap , tarikh hari ni sangat lah bermakna bagi aku . tarikh yang sedih dan gembira . hee . yang sedih baik tak payah cakap lah kan , confirm aku akan menaip sambil menangis . last words dari aku : dah genap sebulan :'( kbye
me ? strong :)
negeri sembilan cuti hari nih . haha . kau hadoo ? yang penting , homework tetap ada . yeahh . tu yang tak sedap didengar tuhh .
sabtu aritu balik kampung atok , aku tak tahu kenapa , aku dah kurang suka bercampur dengan dorang . maybe sebab aku dah lama tak balik or maybe sebab diorang dah berubah ? ke aku yang berubah ? sokayy . tak penting punn . ahad balik lukut balik . tak tahu kenapa , balik jeh terus tido kejap . then dapat call dari dia . bla bla bla . borak macam biasa . and , malam tuh mesej kejap jeh . fon dia kena tarik balik . sokayy . tak kesah punn .
tapi al kisah nya yang lain pulak , bukak jeh fakebook time pepagi buta an , sumpah aku mendidih tahap otak punya . elok elok cool terus mendidih . semua orang nak menipu dengan aku . sangat awesome doh bila kena tipu . and , macam biasa lahh , aku menangis sikit , semua orang lari dari aku . tapi aku tak kesah pun sebab aku tahu , Allah ada dengan aku . thanks ya to you all people :)
haha . sorry kalau terasa . tak sengajaa :* bye
sekolahh :)
semalam hari last day sekolah untuk minggu ni ,
haha , bukan tahun ni okay . and tak banyak yang aku nak cerita , just pasal
sekolah . and ternyata , jadi budak form 4 memang banyak benda yang aku belajar
.
kalau pasal pelajaran normal lah kan ada susah ada
senang . tapi aku tak tahu kenapa aku kurang focus sangat dalam kelas . tak
tahu kenapa . maybe sebab jauh dari geng or sebab aku rindu dia ? haha . hanya
Allah dan aku yang tahu :3
hari khamis hari jadi yatie , so aku bagi
toblerone . bukan senang okay nak bagi hadiah kat sape2 yang lahir bulan
januari . haha . poket kosong wehh . paham2 je lahh kann . and hari ni jugak
aku silap bawak buku . patut nya bawak English , tapi aku semangat sangat pegi
bawak buku bio .
jumaat pun sama kott . patot nya bawak buku
addmath , tapi aku pegi bawak buku math . like arhhh . nasib cikgu tak marahh .
isma tak datang hari ni , so , im alone okay .
hari ni ada subjek bio , dalam group aku semua
budak pepandai , so terasa kurang pandai sikit . tempat duduk cikgu yang bagi .
so aku suka lah ter sangat2 :) aku duduk dengan prakash , komathi , shahiera ,
amir and shaffi . see , nama budak pepandai tuhh . haha . time bio aku suka kot
gelak2 dengan komathi , dia pandai buat lawak bangang . hahaha . and boleh
pulak time balik sekolah tu , aku kena marah dengan pakcik tua rela tuh !
sekejap suruh jalan , sekejap berhenti . dia suruh jalan , then aku jalan ,
bila aku dah sekerat jalan , dia pergi stop aku then marah2 cakap ‘ tak nampak
ke kereta mau lalu ‘ . okay . aku patah balik , then aku tengok semua orang
tengah pandang aku . dah lah yang pandang semua nya baju putih , aku sorang jee
baju biru , weyy , jatuh reputasi dohh . malu bhaii . dah lah van lambat sampai
, nak naik bas duit takde . haha . jumaat memang banyak dugaan . nasib qeela ,
sabirin and amy pun balik lambat . at least ada lah jugak geng . haha .
panjang sangat ke aku taip ? fuhh . rasa lega
dapat mengadu kat blog :’) kalau dulu ngadu kat ‘busu’ , sekarang ‘busu’ dah
takde , dekat blog lah tempat aku :D
The end of 2012 .
Pejam celik dah nak masuk 2013 dah . sekejap jee
rasa kann . and aku tak tahu kenapa 2012 is the most awesome year bagi akuu .
sebab tahun nii macam-macam jadii . yang baik , yang buruk , seriously ,
macam-macam okay . duluu , sambut tahun 2012 dengan jari yang terluka sebab
kena potongg dengan pisau . mak cakap ‘itu perkara biasa’ . sokayy . boleh
sabar lagyy . then , tangan kena seterika , kaki kena sengat , fon masuk air .
yang fon masuk air tuh Alhamdulillah boleh gunaa lagyy . yang paling memang tak
lupa gilaa lahh , 28 december 2012 , otw balik dari langkawi , fon second aku
hilangg . sim celcom okay . dah la dalam tu ada rm25 . dekatt tandas r&r pulak
dia hilangg . haha . sedihh kot . tapi ayah tak marahh . so , memang lega . and
thanks la sape yang amek fon tu . at least , aku boleh jadikan pengajaran . and
aku bangga sebab dapat bagi hadiah pmr kat ayah and mak aku . love them :* even
aku tak dapat hadiah yang gempak macam korang , tapi aku bersyukur dengan apa
yang ada .
Btw , rasa janggal lah bercerita dengan menaip ni
. dah lama tak buat . peace ^^
fuhh ~
Akhirnya ~ tiada lagi pmr dalam hidup aku . haha . tapi keputusan pmr tu ada lah . agak dah lama tak meng-update blog and memang malas nak update blog . don't know why . but for sure , lepas pmr , aku memang cuti gila-gila punya cuti . haha .
Dah dua minggu aku tak pergi sekolah sebab serik dengan aktiviti yang 'best' sangat tu . k , cikgu bukan nya kisah kan . confim ! so , aku duduk rumah pun asyik ngadap lappy , game , lappy , game . macam takde benda lain je kann nak buat . of coss lah tolong bonda kemas rumah , kemas bilik sendiri yang dah macam tongkang pecah ni haa .
and now , aku sedang me-rajinkan diri pergi turunkan berat badan dengan kawan aku . yeahh . joging pepagi and pepetang . actually , baru start joging . haha . kalau berat badan tak turun-turun gak , tak tahu lah nak cakap apa .
makan breakfast pakai sudu ,
i off dulu :)
7 hari lagi . so , bubyee :)
monday :)
Selamat Hari Raya to all .
first thing aku nak cakap is Selamat Hari Raya to korang2 semua . masih tak terlambat kan . HAHA . ok lah , tak nak cerita pasal raya sebab raya aku tak seronok macam korang pun .
aku nak cakap pasal hari ni . yeahh . monday . hari yang paling menyeramkan bagi aku . bangun pagi pun dah lambat , datang sekolah pun of cos lah lambat kan . nasib hujan and takde perhimpunan . dalam hati memang lega gila lah kan takde perhimpunan . hoho .
masuk kelas , buat homework , cikgu pun masuk , cikgu bagi duit raya . time ni still happy lagi au . then , cikgu bm masuk , masing2 gelabah nak dapat result . alhamdulillah ramai A , termasuk lah eden ni haa . tak lama tu nampak cikgu bi kat luar , berdebar siot . HAHA . orang lain berdebar nak dapat result , aku berdebar tak siap homework . molekk naa ler tu . bi aku dapat B . ok whatt .
then , kh pun aku dapat B . math pulak aku A tapi A aku tu menurun . sumpah sedih . geo aku dapat B . sikit jee lagy nak A weyy , 78 . tapi takpe , aku bangga kot dari 58 naik 78 :)
HAHA . pelik kan tetiba aku rajin nak update , yeahh , bosan sebenarnya maklumlah fon aku dah simpan dalam almari , dah tak penting dah fon tu bagi aku , menyakitkan hati jee . bytheway , thanks to korang yang sanggup bazirkan masa membaca cerita aku yang tak berapa nak best ni :*
15 august 2012 . what a happy day man ! HAHA . seriusly , hari ni aku belajar something yang aku tak pernah tahu sebelum ni :D ok . da ready nak tahu ? KIHKIHKIH . aku menganyam ketupat . *banggakejap . HAHA . kesian kan aku ? orang dah tahu nak buat , aku still baru nak belajar , tapi takpe , masih belum terlambat kan ? :) act , senangnya je nak buat sebenarnya tapi aku mengaku memang amek masa nak belajar . aku belajar dari cikgu , dari kawan aku . dia orang sanggup tau layan kerenah budak2 yang nak belajar buat ketupat . thanks to mereka :*
btw , aku dah tahu markah sejarah aku . HAHA . benda tu lah yang paling dirisaukan . jumpa cikgu tadi , cikgu cakap takda yang fail . itu dah cukup menggembirakan dan harap memang takde yang fail lah . . aminn ~ '-'
Older Post | Newer Posts